by

Dewan Negara kenang pemergian Tun Rahah

News Sources:

KUALA LUMPUR: Ucapan takziah dan bacaan surah al-Fatihah dizahirkan di Dewan Negara sebentar tadi bagi mengenang pemergian Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebelum memulakan persidangan berkata, Tun Rahah merupakan sendi kepada kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein ketika era pentadbirannya.

Rais turut meminta ahli Dewan Negara bukan beragama Islam bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing sebagai tanda hormat.

“Allahyarhamah juga pastinya akan menjadi inspirasi kepada kelima-lima anaknya. Kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah, dewan ini mengucapkan takziah dan berharap agar tabah dalam menghadapi ujian,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan kira-kira pukul 3.15 petang, Sabtu lalu.

Solat jenazah dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Husni pada pukul 2.30 petang sebelum dibawa ke Lingkaran Makam Pahlawan untuk dikebumikan.

Istiadat Pengebumian Negara diadakan dengan bacaan talkin, bacaan surah Yasin dan doa.

Penyerahan bendera Malaysia oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sallehhuddin Hassan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menandakan selesai majlis istiadat pengebumian. – UTUSAN ONLINE

The post Dewan Negara kenang pemergian Tun Rahah appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed