by

Dewan Negara lulus belanjawan, Rais tegur perkataan ‘mantan’

News Sources:

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan di Dewan Negara semalam secara suara majoriti tanpa tentangan daripada mana-mana Senator.

Di sebalik suasana tenang ketika Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah membuat penggulungan, berlaku satu situasi ‘tidak dijangka’ yang menarik perhatian.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang sangat sinonim sebagai pejuang bahasa dan budaya Melayu membuat teguran berhubung penggunaan perkataan ‘mantan’ yang selalu diguna pakai ketika ini.

Beliau ketika membuat pencelahan menjelaskan, perkataan mantan sebenarnya bermaksud manusia tanpa kerja.

“Apa perkataan tadi Yang Berhormat? Mantan? Mantan itu erti dia manusia tanpa kerja,” katanya ketika membuat pencelahan semasa Mohd. Shahar sedang menggulung rang undang-undang berkenaan.

 

MOHD. SHAHAR ABDULLAH

Sebelum itu, Mohd. Shahar menggunakan perkataan mantan bagi merujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu penarikan semula jaminan pinjaman sebanyak RM32.0 bilion bagi pembiayaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang.

Selepas mendengar teguran itu, Mohd. Shahar bertindak mengulangi semula kenyataannya dengan menggantikan perkataan ‘mantan’ kepada ‘bekas’ Menteri Kewangan untuk merujuk Guan Eng.

“Tan Sri Yang Dipertua, pada 18 Julai 2019, ‘bekas’ Menteri Kewangan telah mengeluarkan surat tiada halangan kepada Asian Development Bank (Bank) untuk melaksanakan due diligence,” katanya sambil tersenyum.

Perkataan mantan berasal daripada bahasa Indonesia yang merujuk kepada singkatan, mundar-mandir tanpa jawatan.

Sidang Dewan Negara tidak berlangsung hari ini bagi memberi laluan kepada perayaan Krismas dan diteruskan pada Isnin dan Selasa depan.

Berbaki sembilan lagi RUU yang telah diluluskan Dewan Rakyat untuk disemak dan diputuskan oleh badan legislatif tertinggi negara itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed