by

Dilantik jadi Datuk Bandar California, Jocelyn kebanggaan Malaysia 

News Sources:

KUALA LUMPUR: “Saya bangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale.”

Itu kata-kata yang diberikan oleh seorang wanita warganegara Malaysia, Jocelyn Yow, 25, yang memecah rekod sejarah negara ini apabila dilantik sebagai Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu. 

Jocelyn berkata, memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut menyuntik semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di negara itu. 

“Walaupun ketika baru membina kerjaya dan kehidupan ibu bapa saya masih belum memiliki apa-apa, namun mereka selalu menekankan akan pentingnya perkhidmatan awam dan berkhidmat kembali kepada mereka,” katanya dalam satu perkongsian di Instagramnya semalam. 

Jocelyn merupakan anak kepada bapa berasal dari Malaysia manakala ibunya daripada Vietnam. Pasangan itu kemudiannya berpindah ke AS untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1980-an. 

Ketika datuknya disahkan menghidap penyakit barah, Jocelyn dan keluarganya berpindah kembali ke Malaysia pada tahun 1996 dan menetap di Alor Setar, Kedah selama lebih daripada 10 tahun sekaligus membolehkan beliau mempelajari budaya dan warisan Malaysia. 

“Saya bangga menjadi seorang warga AS berdarah Malaysia, Vietnam dan Cina,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018. -UTUSAN ONLINE

The post Dilantik jadi Datuk Bandar California, Jocelyn kebanggaan Malaysia  appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed