by

Dua ditahan ingkar SOP, paling rendah dalam sejarah

News Sources:

PUTRAJAYA: Jumlah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam merekodkan angka paling rendah dalam sejarah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya dua individu diberkas berbanding sembilan individu kelmarin dan 17 individu ditahan pada Isnin lalu.

Bilangan itu sekali gus mencatatkan angka yang paling sedikit pernah diberkas dalam sehari sejak kali terakhir jumlah terkecil direkodkan iaitu enam individu pada 19 Mac lalu.

“Dua pesalah ini dikenakan kompaun dengan mereka ditahan ingkar kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran daripada polis,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mereka ujar beliau, dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 48,495 pemeriksaan melibatkan penugasan sejumlah 3,692 pasukan di seluruh negara.

Ia membabitkan seramai 15,737 anggota dengan antaranya memantau sebanyak 16,447 tempat riadah, 231 rumah ibadah, 1,019 pejabat kerajaan dan 120 buah pasar awam/tani.

Juga sejumlah 5,795 restoran, 4,582 pasar raya, 4,022 penjaja, 3,011 bank, 2,125 kilang, selain 3,194 terminal pengangkutan awam darat, 1,807 terminal air dan 1,006 terminal udara.

Seramai 50 pendatang asing tanpa izin ditahan selain 11 lagi diusir semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan membendung kes wabak Covid-19.

“Sebanyak 124 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri.

Lima kenderaan darat dan dua bot disita di samping 259 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 51 dilaksanakan polis.

Beliau juga memaklumkan bahawa sejumlah 88 operasi sanitasi awam dilakukan di negara ini semalam yang meliputi 19 zon merah, enam zon jingga, 11 zon kuning dan lima zon hijau. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed