by

Dua kali Perhimpunan Agung UMNO tahun ini

News Sources:

PONTIAN: UMNO buat pertama kali dalam sejarahnya akan mengadakan dua Perhimpunan Agung UMNO (PAU), tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia melibatkan PAU 2020 yang perlu diadakan sebelum Jun, diikuti PAU 2021 seperti yang diputuskan oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, PAU 2020 diberikan lanjutan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga Jun tahun ini ekoran penangguhan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari lalu.

Malah, katanya, UMNO dalam perlembagaannya juga boleh melanjutkan tempoh itu hingga 18 bulan kerana disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain pengisytiharan darurat.

“Jadi, perkara paling penting adalah kita menyelesaikan PAU 2020 sebelum memikirkan PAU 2021 yang ada pemilihan, tetapi ia belum diputuskan bagaimana kaedahnya.

“Bagi PAU 2021, Presiden memutuskan supaya ia diadakan pada tahun ini juga, itu adalah keputusan Presiden,” katanya ketika ditemui di Pejabat Kadi Daerah Pontian, di sini hari ini.

Ditanya mengenai tarikh baharu PAU 2020, Ahmad berkata, pihaknya menunggu keputusan mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada bulan ini.

“Oleh kerana mesyuarat tidak dapat dilaksanakan sehingga 18 Februari ini ekoran PKP, maka mesyuarat itu akan diadakan secara maya bagi memutuskan tarikh baharu PAU 2020,” ujarnya.

Sebelum ini, beliaau yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan PAU diteruskan secara maya jika PKP dan darurat masih ada.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed