by

Dua lori bertembung: Pemandu lori, kelindan maut

News Sources:

SEPANG: Pemandu lori dan kelindan maut selepas lori tanpa muatan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah  lori lain membawa muatan batu-bata di Kilometer (KM) 38.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Shah Alam menghala ke Nilai malam kelmarin. 

Dalam kejadian pukul 8 malam, pemandu lori 10 tan dipandu  lelaki berumur 31 tahun bersama kelindannya seorang lelaki berumur 36 tahun cedera parah kerana tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md. Noor Aehwan berkata, sebelum kejadian, lori 10 tan tiada muatan itu dalam perjalanan dari arah Shah Alam menghala ke Nilai. 

“Bagaimanapun, tiba di lokasi kejadian, lori dipandu tidak dapat dikawal lalu melanggar belakang lori membawa muatan batu-bata.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu serta kelindannya tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Md. Noor berkata, pemandu lori yang membawa muatan batu-bata dan isterinya hanya cedera ringan.

Kata beliau, mayat kedua-dua mangsa  dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed