by

Dua maut motosikal bertembung sesama sendiri

News Sources:

REMBAU: Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Chembong-Ulu Kanchung di sini pagi tadi.

Dalam kejadian  pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Khalid Salleh, 71, dan Yunus Mohmad Latib, 26,  meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kemalangan membabitkan dua buah motosikal iaitu Yamaha NMAX yang ditunggangi Khalid dan sebuah skuter ditunggangi Yunus.

“Dipercayai motosikal yang ditunggangi mangsa masing-masing dari arah bertentangan telah bertembung sesama sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hazri berkata, mangsa akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Rembau pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed