by

Dua minggu, 9 anggota polis KL ditahan

News Sources:

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan anggota polis pangkat rendah di Kontinjen Kuala Lumpur diberkas atas pelbagai salah laku, menerusi beberapa siri serbuan di ibu negara sejak 25 November hingga 8 Disember lalu.

Kesemua anggota yang ditahan berusia 29 hingga 58 tahun dan mereka ditahan selepas pasukan menerima laporan mengenai kesalahan jenayah dilakukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, antara salah laku membabitkan anggota terbabit ialah pemerasan, ugutan jenayah dan terbabit dalam sindiket dadah.

Menurut beliau, seorang daripada yang ditahan didapati tidak hadir tugas selama 24 hari berturut-turut sebelum dikenakan tindakan mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967.

“Kesemua yang ditahan telah didakwa di mahkamah baru-baru ini dan mereka kini dalam tindakan tatatertib termasuk buang kerja,” kata  beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sehubungan itu, Saiful Azly meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku anggota dan pegawai polis menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sebanyak 49 individu di beberapa hotel di sini ditahan pada 29 November dan 21 Oktober lalu kerana terbabit dalam jenayah komersial.

Jelasnya, kesemua individu itu turut termasuk 41 warga China dan seorang dari Taiwan.

“Lapan warga China sudah diisytihar sebagai ‘persona non grata’ pada 8 Disember lalu manakala, warga asing lain dalam proses untuk dikenakan tindakan saman,” kata beliau.

Kata beliau, dalam serbuan sama, polis merampas pelbagai barang antaranya termasuk 127 unit telefon bimbit, 40 unit komputer, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM214,596 dan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire..

Tambah Saiful Azly, siasatan awal mendapati , kesemua individu tersebut adalah anggota beberapa sindiket kes penipuan dalam talian yang aktif sejak enam bulan lalu dan 2019. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed