by

Dua Pelajar UMS cemerlang pada ‘Talk-Show Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2021’

News Sources:

KUALA LUMPUR – Dua wakil pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memenangi beberapa pertandingan pada ‘Talk-Show Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2021’.

Pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Muhammad Iman Azhar dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Martika Muhamad Rezuan masing-masing muncul johan bagi kategori Pembentangan Terbaik dan pemenang Inovasi Terbaik.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Dr Jurry Foo berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan sistem pembelajaran di PKPP UMS dalam membimbing para pelajar memperkasakan bakat dan potensi serta bersedia menghadapi dunia sebenar.

Pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS, Muhammad Iman Azhar

“Peluang menawarkan para pelajar menyertai acara antarabangsa seperti ini akan memberikan pengalaman yang bermakna.

“Ini juga adalah platform terbaik untuk memberikan motivasi kepada pelajar UMS terus menunjukkan keupayaan dalam mengoptimumkan pengetahuan dan kemahiran mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif menghadapi kehidupan norma baharu,” katanya.

UMS juga berjaya muncul Naib Johan bagi kategori kampus inovatif pada pertandingan yang berlangsung secara maya yang disertai beberapa institut pengajian tinggi Malaysia dan Indonesia.

Pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Martika Muhamad Rezuan

Antara IPT Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Kolej Universiti Polytech Mara Kuala Lumpur (KUPTM).

Manakala, IPT dari Indonesia pula antaranya Universitas Syiah Kuala (USK), Politeknik Caltex Riau (PCR), Universitas Widya Kartika Surabaya (UWIKA), Politeknik Aceh Selatan (POLTAS), Politeknik Perkapalan Negeri Surabaya (PPNS), dan Akfar YPPM Mandiri Banda Aceh.

Dengan kejayaan tersebut, kedua-dua pelajar UMS itu akan menerima sijil kemenangan daripada POLTAS selaku penganjur pertandingan. -MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed