by

Dua PKPD di Johor tamat, dua lagi dilaksanakan Isnin depan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Dua Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan, Kluang, Johor akan ditamatkan mengikut jadual, Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung situasi Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 476 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 294 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM turut melaporkan kes positif Covid-19 di penjara ini telah menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta kes terakhir yang direkodkan ialah pada 11 Februari 2021 iaitu sebanyak 2 kes,” kata Ismail Sabri, hari ini.

PKPD itu dilaksanakan selepas sejumlah 294 kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan itu.

Dalam pada itu, dua lagi PKPD dilaksanakan Isnin depan.

Menurut Ismail Sabri, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah dan Kuarters Kakitangan di Perak dan buah buah kampung di Besut, Terengganu akan dikenakan PKPD.

PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah dan Kuarters Kakitangan di Perak dibuat ekoran terdapat 29 kes positif COvid-19 dilaporkan di kawasan itu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah dan Kuarters Kakitangan bermula 14 sehingga 27 Februari 2021.

PKP di Besut itu pula dilaksanakan ekoran terdapatnya 21 kes positif di tiga kampung kawasan itu.

“Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu bermula 14 Februari ini,” kata beliau lagi.

PKPD itu melibatkan kira-kira 2,152 penduduk dan dijangka tamat 27 Februari depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata seramai 680 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, 610 induvidu telah dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106), tidak memakai pelitup muka (86), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (64), keluar rumah tanpa alasan munasabah (36), membawa penumpang berlebihan (25), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23), dan lain-lain kes 77,” kata Ismail lagi.

Dalam Ops Benteng pula, kerajaan berjaya menahan 21 pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas 10 buah kenderaan.

Ia hasil daripada 528 sekatan jalan raya melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain. -MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed