by

Dua PPS di Hulu Selangor ditutup

News Sources:

KUALA LUMPUR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan seramai 115 mangsa banjir di Hulu Selangor ditutup sepenuhnya hari ini.

Penutupan PPS di Balai Raya Kampung Baru A, Hulu Bernam dan Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Selisik itu bermula pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Bomba Zon Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas paras air di dua kawasan yang terjejas surut sepenuhnya.

“Semua mangsa melibatkan 36 keluarga ini sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.

“Balai Raya Kampung Baru A ditutup bermula pukul 12 tengah hari manakala Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah pula dua jam berikutnya” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini,  PPS di Balai Raya Kampung Alah Batu, Gedangsa yang menempatkan 13 mangsa masih dibuka.

“Mereka melibatkan tiga keluarga termasuk empat kanak-kanak yang menetap di kampung sama. Bagaimanapun, paras air semakin surut dan kita menjangkakan pulih sepenuhnya esok,” ujarnya.

Terdahulu, lokasi banjir di Hulu Selangor itu melibatkan Kampung Belakang Sekolah, Kampung Sekolah, Kampung Sungai Nilam, Kampung Serigala, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar dan Kampung Alah Batu.

Semua mangsa banjir di daerah itu dipindahkan sejak kelmarin selepas air naik antara 0.6 meter hingga 1.2 meter. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed