by

Dua saksi dikehendaki dalam kes penipuan gelaran ‘Datuk’

News Sources:

KUALA LUMPUR – Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan mendapatkan darjah kebesaran gelaran Datuk.

Menurut kenyataan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, saksi pertama yang dicari ialah Abdul Aziz Musa yang beralamat Lot2775, Taman Nuri Ikhlas, Kampung Pintu Geng, Jalan Pasir Kota, Kota Bahru, Kelantan.

Saksi kedua ialah Loh Ming Jun beralamat 302 Lorong Singa Baru 2/8, Taman Singa Baru, Sitiawan Perak.

Ming Jun dikehendaki sebagai saksi bagi membantu dalam siasatan yang dikendalikan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954 dan Inspektor Anis Izzati Sabri di talian 012-5203053 – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed