by

Duduk rumah tapi khayal dadah

News Sources:

PASIR PUTEH: Patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dengan cara duduk rumah, tetapi khayal pula dengan dadah.

Itu aktiviti tujuh penagih ketika ditahan dalam Ops Cegah dari rumah ke rumah yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) selama lima jam di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, operasi itu dibuat hasil risikan dan maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di beberapa  rumah tertentu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung.

Menurutnya, kebanyakan penagih beranggapan mereka bebas menagih dadah ketika ini dan tidak menyangka AADK masih terus menjejaki mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka memang terkejut, tetapi, masih cuba melarikan diri apabila melihat van AADK menghampiri rumah.

“Operasi oleh lapan anggota AADK dibuat bermula pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari dan sepanjang operasi, anggota kita  terpaksa mengejar dan bergelut dengan penagih sebelum dapat memberkas mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azlina berkata, hasil saringan air kencing mendapati ketujuh-tujuh mereka yang berusia di antara 19 tahun hingga 50 tahun positif dadah jenis Methamphetamin dipercayai kesan pengambilan pil kuda.

Menurutnya, kesemua penagih terbabit dibawa ke pejabat AADK untuk melengkapkan dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Dua kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Penagih Dadah (APD)(Rawatan dan Pemulihan)1983 manakala lima kes lagi disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b)APD (Rawatan dan Pemulihan)1983 dan ditempatkan di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas bermula hari ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed