by

Duterte setuju terima suntikan vaksin secara terbuka

News Sources:

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 sambil disaksikan oleh penduduk secara langsung bagi meyakinkan rakyat suntikan tersebut adalah selamat.

Lapor South China Morning Post, Duterte sebelum ini enggan disuntik vaksin tersebut secara terbuka kerana beliau merancang untuk disuntik pada bahagian punggung.

Jurucakap beliau, Harry Roque berkata, Duterte akhirnya bertukar fikiran dan ingin menerima suntikan sambil disaksikan orang ramai.

Namun, presiden itu tidak memaklumkan sama ada beliau ingin disuntik pada lengan atau punggung.

“Duterte akan umumkan bila beliau akan menerima suntikan vaksin Covid-19,” kata Roque.

Filipina masih belum belum menerima bekalan vaksin Covid-19 namun bersedia melakukan program vaksinasi sebaik sahaja bekalan tiba di negara ini.

Kerajaan Filipina menyasarkan seramai 50 hingga 70 juta penduduk dapat di vaksin secara percuma pada tahun ini. 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed