by

Ebit Lew manfaatkan sumbangan TMJ, beli 500 tablet

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Ustaz Ebit Lew memanfaatkan sumbangan yang diberikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim dengan membeli 500 buah tablet untuk diberikan kepada pelajar yang memerlukan.

Beliau dalam masa sama mengucapkan penghargaan kepada TMJ kerana bermurah hati menyumbangkan dana untuk misi bantuannya dapat membantu golongan memerlukan.

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab (tablet) untuk 500 pelajar untuk kelas online. Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini Ebit mendedahkan menerima mesej daripada 43 orang pelajar yang memerlukan tablet untuk digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimanapun, beliau meluahkan rasa sedih kerana tidak mampu membantu semua yang meminta pertolongan daripadanya.

Baru-baru ini Ebit berkata, TMJ menyumbang RM200,000 untuk misi bantuan yang dijalankan olehnya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed