by

Elak perjumpaan besar-besaran Tahun Baru Cina

News Sources:

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan itu berkata, walaupun situasi semasa Covid-19 semakin baik tetapi perjumpaan besar-besaran dikhuatri boleh menyebabkan lonjakkan kes jangkitan semula.

”Yang lebih penting adalah melindungi golongan yang rentan dalam keluarga anda. Tinggal di rumah dan selamat.

“sama ada dapat melakukannya atau sebaliknya semasa perayaan Tahun Baru Cina untuk mengawal keadaan. Tanggungjawab ini terletak kepada semua.

“Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita semua dan mengakhiri pandemik ini. Insya Allah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Masyarakat Cina akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan prosedur operasi standard yang lebih ketat bagi membendung penularan Covid-19. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed