by

Empat cedera kemalangan tujuh kenderaan

News Sources:

SEREMBAN: Seramai empat orang cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 261.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), kira-kira pukul 3 petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.09 petang.

“Seramai lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan.

“Anggaran keseluruhan mangsa adalah seramai 20 orang dengan masing-masing dua wanita dan lelaki mengalami kecederaan ringan dan ihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati, kebanyakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dibawa oleh lori khidmat tunda. – UTUSAN ONLINE

The post Empat cedera kemalangan tujuh kenderaan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed