by

Enam PATI ditahan dalam Op Sapu

News Sources:

SUNGAI PETANI: Jabatan Imigresen Kedah menahan seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam siri ‘Op Sapu’ di sekitar daerah ini, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, Op Sapu pada pukul 5 petang hingga 11 malam itu dianggotai seramai 17 pegawai dan anggota daripada Unit Aduan, Risikan dan Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah.

Beliau berkata, seramai 49 orang PATI telah diperiksa di pelbagai lokasi di daerah ini dan enam lelaki warganegara Bangladesh yang berusia 22 hingga 35 tahun ditahan ketika pihaknya membuat serbuan di sebuah rumah kedai, di Amanjaya di sini.

Beliau berkata, ketika serbuan kesemua PATI terbabit sedang bekerja di dalam premis yang dijadikan sebagai kedai runcit menjual barangan basah.

“Keadaan di kedai terbabit juga sangat kotor dan menjijikkan berikutan tempat terbabit turut menyimpan ayam hidup, selain turut dijadikan tempat penyebelihan ayam, tempat menyimpan ikan dan sayur-sayuran.

“Selain itu, barangan runcit kering dan pakaian juga turut dijual di kedai yang sama dan keadaan kebersihan kedai yang tidak terjaga menyebabkan keadaan kedai nampak kotor dan menjijikkan,”jelasnya.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati rumah kedai terbabit disewa daripada warga tempatan untuk dijadikan kedai runcit basah oleh PATI terbabit.

“Kita akan buat siasatan terperinci terhadap pemilik premis dan pemilik lesen perniagaan yang membenarkan atau menyewa kepada warga asing bagi tujuan perniagaan tersebut,” ujarnya.

“Kesemua PATI ditahan mengikut Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 59/63 dan Seksyen 15(1)(c).

“Semua yg ditahan akan di bawa ke klinik kesihatan daerah untuk saringan covid 19 dan kemudian akan di tahan di lokap imigresen di pejabat Imigresen Alor Setar sebelum di hantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed