by

Felda perlu perkukuh koperasi – Utusan Digital

News Sources:

SAUDARA PENGARANG,

Skandal membabitkan anak syarikat Felda, FGV Holdings Berhad (FGV) dilihat lebih kepada meningkatkan pulangan modal dan tidak memanfaatkan pekebun kecil kelapa sawit yang menyumbang hampir separuh pengeluaran buah tandan segar (BTS).

Justeru, keputusan Parlimen menamatkan perjanjian pajakan tanah (PPT) antara Felda dan FGV adalah tepat. Ini kerana seperti yang dihujahkan oleh pakar ekonomi pertanian, pembangunan pekebun kecil bukan terletak di pasaran saham tetapi kapasiti produktif mereka.

Ia dibuktikan oleh FGV. Ketika saham FGV diapungkan, ia meraih RM4.5 bilion dan Felda (yang memiliki 34 peratus saham FGV) menerima RM5.5 bilion. Menjelang 2018, kedua-duanya dilanda kerugian besar. FGV rugi RM1.08 bilion dan Felda berhutang RM10.6 biliion.

Eksekutif FGV menerima habuan jutaan ringgit seorang tetapi peneroka Felda menerima insentif bonus dan duit raya hanya RM2,700 setahun antara 2007 dan 2017.

Apabila saham FGV merudum, pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak mampu membayar hutang RM50 sebulan. Berbeza dengan kemewahan yang dinikmati oleh beberapa pegawai FGV. Hutang peneroka dilupuskan oleh Felda sebanyak RM1,820 ke atas 2,715 peneroka.

Faktor perniagaan yang mementingkan pulangan ke atas modal, isu ketidakserasian antara entiti dan misi FGV, struktur tadbir urus yang lemah dan penglibatan KPF ke dalam pasaran saham menunjukkan ketidakfahaman mengenai konsep koperasi. Matlamat utama koperasi adalah untuk kesejahteraan dan kepentingan setiap anggota.

Oleh itu, Felda perlu kembali ke pangkal jalan dengan mengutamakan kepentingan peneroka, sekali gus mengurangkan kemiskinan dan ketidaksetaraan, menjana peluang pekerjaan, membentuk masyarakat desa dinamik dan pendidikan generasi akan datang lebih baik.

Justeru, beberapa pendekatan perlu dilakukan termasuk memperkukuhkan rundingan peneroka melalui koperasi. Kita boleh mencontohi model koperasi di Amerika.

Koperasi dicadangkan menceburi kegiatan nilai tambah seperti kilang minyak kelapa sawit dan pemprosesan di mana keuntungannya lebih tinggi selain agihan baja dan input perlu dinyahpusatkan dan tidak dipusatkan kepada agensi tertentu.

Selain itu, melibatkan koperasi peneroka dalam kegiatan pemprosesan bernilai tinggi, menjelajahi pasaran eksport dan import, kegiatan hedging atau melindung nilai dan perniagaan dapat menarik semula kepercayaan orang ramai terhadap Felda.

FATIMAH MOHAMED ARSHAD
Ketua Kluster Pertanian dan Sekuriti Makanan
Akademi Profesor Malaysia





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed