by

Feri bot laju bawa penumpang mula 1 Januari

News Sources:

GEORGETOWN: Sebanyak tiga buah feri bot laju yang akan menggantikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang kini bersedia untuk membawa penumpang bermula 1 Januari 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), V. Sasedharan berkata, feri bot laju yang akan digunakan semasa fasa interim bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2022 itu juga telah mendapat lesen keselamatan daripada Jabatan Laut.

“Kami tahu ada yang mempersoalkan mengenai keselamatan feri bot laju ini, tetapi feri ini telah mendapat lesen keselamatan daripada Jabatan Laut Malaysia dan selamat untuk semua penumpang,” katanya.

Beliau ditemui selepas sesi lawatan terminal dan tinjauan berkenaan di Terminal Kapal Persiaran Swettenham di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PPSB, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza; Ketua Pegawai Operasi PPSB, Radhi Mohamad dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan perkhidmatan feri sedia ada akan ditamatkan bermula 1 Januari depan yang mana kenderaan empat roda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bermula tarikh sama juga, feri ikonik sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang individu.

Pelaksanaan perkhidmatan feri baharu itu akan berjalan sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum katamaran atau teksi air digunakan sepenuhnya dengan feri ikonik sedia ada akan dijadikan muzium dan restoran terapung.

Menurut beliau, perkhidmatan feri bot laju berkenaan juga dijangka digunakan oleh kira-kira 1.8 juta penumpang memandangkan lebih selesa, pantas dan cekap kepada pengguna.

“Pada 2019, jumlah pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri ikonik adalah sekitar 1.3 juta.

“Jadi kita jangka jumlah penumpang feri bot laju ini juga akan meningkat seiring dengan perkhidmatan yang lebih pantas dan selesa,” katanya.

Tambah beliau, waktu operasi feri bot laju itu akan bermula pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan sebanyak 40 perjalanan pergi dan balik setiap hari.

“Perjalanan feri bot laju dari Terminal Kapal Persiaran Swettenham ke Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth hanya mengambil masa sekitar tujuh minit dengan kekerapan setiap 30 minit untuk perjalanan sehala tertakluk kepada keadaan semasa,” katanya.

Info

*Feri bot laju mampu memuatkan sehingga 200 penumpang

*Kelajuan antara 12 hingga 15 knots

*Sebanyak 40 perjalanan pergi dan balik

*Waktu operasi feri bot laju bermula pada pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam.

*Tambang feri bot laju percuma selama 14 hari.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed