by

Filem ‘Nian-Tastic New Start’ TNB terima sambutan luar biasa

News Sources:

KUALA LUMPUR – Filem pendek Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nian-tastic New Start, telah mendapat tontonan yang luar biasa iaitu 6.08 juta kali selepas lebih seminggu ia dimuatnaik di media sosial.

Dengan lebih 30,000 interaksi di platform media sosial termasuk YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter, filem pendek itu menerima 600 komen dan 5,900 reaksi.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol yang mengucapkan terima kasih kepada netizen atas sambutan luar biasa itu.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol.

“Kami berharap dan percaya mesej mengenai pentingnya ketabahan dan semangat positif ketika menghadapi masa yang sukar ini, diterima baik oleh semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ariff, sejak tayangan perdana di YouTube pada 2 Februari lalu, filem itu yang mengetengahkan hikmah dan cerita rakyat mengenai tradisi Tahun Baru Cina telah menerima lebih 5,200 jumlah perkongsian di media sosial.

“Di sebalik gelagat pelakon yang mencuit hati dan pendekatan unik terhadap lagenda Cina itu, filem itu meraikan semangat kegembiraan dan positif apabila penduduk kampung yang dihantui raksasa mitos Nian, mengembara bagi mendapatkan pertolongan mahaguru yang bijaksana bagi mengembalikan keamanan kampung mereka.

“Filem itu juga menggambarkan bagaimana amalan berpakaian merah sambil berkumpul bersama ahli keluarga di kediaman yang dihiasi dengan tanglung merah yang terang, kemeriahan bunga api dan gendang yang dimainkan dengan kuat akhirnya menjadi satu tradisi.

“Ia mengetengahkan mesej perpaduan dalam mengatasi kesukaran,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam meraikan Tahun Lembu, pihaknya menasihatkan para pelanggan untuk mengamalkan dan mengutamakan keselamatan elektrik.

“Dinasihatkan juga kepada orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa menggunakan peralatan dan kabel elektrik.

“Kepada semua pelanggan kami yang akan meraikan Tahun Baru Cina, saya ucapkan ‘xīn nián kuài lè’ atau Selamat Tahun Baru,” ujarnya.

Filem ‘Nian-tastic New Start’ yang berdurasi selama lima minit boleh ditonton di saluran YouTube TNB, www.youtube.com/TENAGAofficial. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed