by

Filipina mahu kumpul AS$23.7 bilion

News Sources:

MANILA: Filipina merancang meraih sebanyak AS$23.7 bilion (RM96.26 bilion) daripada sumber luaran untuk pembentangan defisit belanjawan dan membiayai projek-projek utama tahun ini.

Menurut Jabatan Kewangan Filipina, ia termasuk dana berjumlah AS$5.5 bilion (RM22.34 bilion) daripada pasaran komersial.

Jumlah yang disasarkan itu adalah 39 peratus lebih tinggi daripada AS$17.01 bilion (RM69.09 bilion) yang diperoleh kerajaan daripada sumber luaran tahun lalu untuk projek infrastruktur utama.

Selain itu, ia juga bagi merapatkan defisit belanjawan yang lebih besar bagi perbelanjaan terhadap langkah-langkah membendung Covid-19.

Sebanyak AS$8.06 bilion (RM32.74 bilion) daripada jumlah tahun ini adalah untuk menyokong belanjawan manakala baki bernilai AS$15.65 bilion (RM63.56 bilion) bagi pembiayaan projek.

Belanjawan Filipina tahun ini sebanyak 4.5 trilion peso (RM380.56 bilion), terbesar dalam sejarah negara itu bertujuan membiayai pemulihan ekonomi dan pembelian berjuta-juta dos vaksin Covid-19.

Kerajaan menyasarkan pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun dalam julat antara 6.5 hingga 7.5 peratus selepas pe­nguncupan 9.5 peratus tahun lalu.

Tahun ini, kerajaan Filipina merancang mendapatkan geran dan pinjaman bernilai AS$7.67 bilion (RM31.15 bilion) daripada pelbagai institusi.

Selain itu, Jabatan Kewa­ngan memberitahu, kerajaan turut berhasrat memperoleh AS$10.54 bilion (RM42.81 bi­lion) daripada sumber dua hala dan AS$5.5 bilion (RM22.34 bilion) daripada pasaran hutang.

Tahun lalu, Jabatan Kewangan Filipina memperoleh AS$7.73 bilion (RM31.40 bilion) daripada pelbagai pemberi pinjaman, AS$2.86 bilion (RM11.62 bilion) daripada hubungan dua hala dan AS$6.47 bilion (RM26.28 bilion) daripada pasaran komersial.

Kira-kira AS$15.44 bilion (RM62.71 bilion) daripada jumlah kontrak pembiayaan tahun lalu, diperuntukkan bagi keperluan kecemasan langkah-langkah Covid-19 kerajaan, manakala AS$1.62 bilion (RM6.58 bilion) lagi untuk inisiatif lain termasuk projek infrastruktur. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed