by

Fokus kehendak, keperluan rakyat – Shamsul Anuar

News Sources:

ARAU : Rakyat memerlukan perhatian dan pembelaan di saat pelbagai cabaran yang sedang mereka hadapi khususnya ketika pandemik Covid-19 semakin serius.

Justeru, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, sebagai pemimpin dan ahli politik, kehendak serta keperluan rakyat perlu difahami dan diberikan keutamaan.

Katanya, UMNO dan BN dikhuatiri menjadi tidak popular sekiranya tidak memahami kehendak rakyat.

“UMNO BN mesti fokus ketika ini. Kekuatan dan kepentingan parti mesti diletakkan keutamaan. 

“Saya percaya jika kita bersama, dekat dan memahami serta menunaikan apa yang rakyat inginkan, rakyat akan sentiasa bersama dan menyokong kita,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penarikan sokongan Ahmad Jazlan itu menyaksikan kerajaan PN kini mempunyai 110 sokongan Ahli Parlimen, berbanding 108 sokongan diraih Pakatan Harapan (PH).

Selain Ahmad Jazlan, beberapa lagi ahli Parlimen UMNO difahamkan akan mengikut langkah sama menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyeru semua pemimpin agar bekerja keras untuk rakyat. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed