by

Gajah liar rosak tanaman penduduk ditangkap

News Sources:

JELI: Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Kalai, Batu Melintang di sini akhirnya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Rabu lalu.

Pengarah Perhilitan negeri, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, haiwan itu yang dipercayai terpisah daripada kawanannya di Hutan Simpan Gunung Basor ditangkap pada pukul 2 petang berhampiran sebuah kebun getah.

Menurutnya, penangkapan hidupan liar pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk setempat termasuklah dari Kampung Lalat dan Gunong Reng.

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak kami, kita menganggarkan RM106,550.00 tanaman milik penduduk telah dimusnahkan oleh kumpulan gajah berkenaan.

“Kerosakan itu melibatkan tanaman pertanian seperti getah, kelapa sawit dan pisang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ady Ermanty Haniff memberitahu, gajah jantan seberat dua tan yang mempunyai gading itu selamat dipindahkan ke kompleks taman negara hasil kerjasama erat pihaknya dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.

Katanya, kerja-kerja pemindahan gajah itu bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sepenuhnya pukul 2 petang Rabu lalu.

Utusan Malaysia 6 Disember lalu melaporkan, seekor gajah jantan liar yang sebelum ini dipercayai merosakkan tanaman penduduk di Kampung Jerek, Batu Melintang di sini berjaya ditangkap oleh Perhilitan Kelantan.

Penangkapan gajah seberat dua tan yang berusia 15 tahun itu sekali gus melegakan penduduk dari lima buah kampung berhampiran dengan lokasi haiwan liar itu ditangkap. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed