by

Gaji pemain Arsenal boleh dipotong 25 peratus

News Sources:

LONDON: Pemain Arsenal bakal berdepan pemotongan gaji yang besar jika mereka tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beberapa pemain akan dipotong gaji sehingga 25 peratus jika perkara yang tidak pernah difikirkan itu berlaku.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Gunners kini menghuni tangga ke-15 dengan 14 mata, empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran.

Skuad bimbingan Mikel Arteta yang sudah kalah lapan perlawanan musim ini bakal berdepan satu lagi tugas getir, menentang Chelsea di Emirates, Ahad ini.

Arsenal, pasukan tradisi Big Six memiliki klausa pemotongan gaji dalam kontrak pemainnya jika gagal mencatat keputusan terbaik.

Kelab London itu membayar gaji tahunan lebih 150 juta pound (RM816 juta) dengan sebahagian besar digunakan untuk pemain seperti Mesut Ozil dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Bagaimanapun menurut laporan Daily Mail, tidak jelas sama ada pemotongan gaji 25 peratus akan dikenakan kepada pemain secara kolektif atau individu.

Bagaimanapun semua pemain sedar, mereka tidak akan menikmati gaji yang sama jika Arsenal tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

PENERIMA GAJI TERTINGGI ARSENAL
Pierre-Emerick Aubameyang
350,000 pound (RM1.9 juta) seminggu

Mesut Ozil
350,000 pound (RM1.9 juta) seminggu

Willian
220,000 pound (RM1.19 juta) seminggu

Alexandre Lacazette
180,000 pound (RM979,000) seminggu





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed