by

Gangguan air di 36 kawasan, 3 wilayah Selasa depan

News Sources:

SHAH ALAM: Sebanyak 36 buah kawasan membabitkan tiga wilayah iaitu Subang Jaya, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air Selasa minggu depan.

Gangguan itu berikutan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata, gerak kerja tersebut dijangka bermula pada pukul 9 pagi, iaitu waktu yang sama gangguan bekalan air mula berlaku.

Menurut kenyataan tersebut,  bekalan air dijangka pulih sepenuhnya Khamis.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor menasihatkan pengguna yang bakal terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual,” katanya.

Tambah Air Selangor, paip baharu tersebut akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap optimum, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelanggannya pada masa hadapan.

“Pengguna disarankan untuk melayari semua saluran dan media sosial rasmi milik Air Selangor atau boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan perkembangan terkini gerak kerja tersebut,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed