by

GENIUS Remaja perkasa remaja B40

News Sources:

PUTRAJAYA: Seramai 6,798 remaja khususnya golongan B40 di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu negara, berjaya dipupuk menjadi generasi modal insan melalui program GENIUS Remaja.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyebut, daripada jumlah itu, 20 peratus berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) manakala 75 peratus telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah.

Katanya, seramai 11 orang alumni pula telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini yang ditubuh pada tahun 2010.

“Kementerian sentiasa berperanan aktif dalam memastikan pembangunan golongan remaja B40 di negara ini tidak terabai dan yakin bahawa jalinan kerjasama yang dibentuk oleh semua pihak.

“Ia dilihat akan merancakkan lagi usaha gigih KPM melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran pihaknya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah bagi membantu golongan itu memenuhi keperluan khususnya dalam aspek pendidikan dan pengasahan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang.

Katanya, majlis pelancaran yang diadakan secara maya telah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahaya yang dilaksanakan Ahad lalu.

“Manakala pelancaran Projek Impian Remaja bermatlamat untuk mewujudkan platform khas yang membentuk kerjasama antara pihak kerajaan, korporat dan komuniti.

“Antara saluran baharu yang diperkenalkan menerusi projek Impian Remaja ialah Program Anak Angkat Impian Remaja, Program Sumbangan Am Impian Remaja dan penekanan kerjasama pihak korporat bersama GENIUS Remaja,” katanya.

Tambahnya, projek Impian Remaja telah berjaya membentuk jaringan bersama beberapa sektor korporat beserta sumbangan yang begitu memberangsangkan dalam menjayakan usaha murni ini.

“Antara sektor korporat yang turut sama memberi sumbangan ialah Kajang Plaza Medical Centre, Atomy Malaysia Sdn. Bhd., Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank), Yayasan Food Bank Malaysia dan Malaysian Timber Council (MTC).

“Selain itu, Topaz Care juga turut menyumbang dalam projek ini dengan memberikan perkhidmatan komunikasi korporat iaitu menghubungkan Impian Remaja dengan rakan kolaborasi yang berpotensi serta memastikan urusan ini berjaya,” katanya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed