by

Gerik, Bugaya diisytihar darurat

News Sources:

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat terhadap Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menyembah maklum akan nasihat Kabinet kepada Seri Paduka yang berpuas hati adanya keperluan pengisytiharan Proklamasi Darurat.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini sekali gus membolehkan pilihan raya kecil (PRK) Gerik dan Bugaya yang dijadualkan pada 16 Januari depan dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Gerik, Bugaya diisytihar darurat appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed