by

Gol Sterling jawab kritikan – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Rembatan kemenangan England 1-0 ketika menentang Croatia daripada Raheem Sterling, bukan sahaja hadiah kepada pasukannya, malah mengakhiri kebuntuan mencetak gol dalam 13 penampilannya sebelum ini.

Pemain hadapan itu berjaya menyempurnakan hantaran daripada Kalvin Philips pada babak kedua perlawanan peringkat Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley tadi.

Malah, kejayaan penyerang Manchester City itu menjawab pengkritik yang mempersoalkan tindakan pengurus, Gareth Southgate apabila menurunkan pemain berusia 26 tahun itu dan bukannya Jack Grealish dalam aksi pembukaan England tadi.

Sterling ketika ditemui media selepas tamat perlawanan memaklumkan terdapat banyak alasan berbeza berikutan gagal menjaringkan gol dalam penampilan sebelum ini.

“Saya selalu sebut, jika bermain di Wimbley pada kejohatan utama, saya mesti menjaringkan gol. Akhirnya saya berjaya merealisasikannya.

“Saya di sini bersama England dan saya menikmatinya. Adakah saya membenarkan pemilihan ini? Saya mencuba dan fokus kepada diri sendiri selain berusaha untuk beraksi tanpa ragu-ragu,” katanya.

Cetakan gol Sterling pada minit ke 57 itu turut disifatkan sebagai membalas dendam apabila Croatia sebelum ini menundukkan England pada peringkat separuh akhir dalam Piala Dunia 2018.

Kejayaan beliau juga mengakhiri kritikan peminat yang sebelum ini dikatakan agak dingin dengan penampilannya, namun menerima sorakan ‘Football’s coming home’ sebaik sahaja berjaya memberi kemenangan kepada England.

Sementara itu, Southgate memberitahu beliau meletakkan kepercayaan dengan memberi peluang kepada Sterling walaupun menyedari rekod gol yang dimiliki pemain itu.

“Saya gembira dengan Sterling. Beliau kelihatan seperti berbahaya sepanjang perlawanan. Rekod golnya juga menunjukkan bahawa kita harus percaya kepadanya. Saya fikir itu juga menjadi pendorong kepadanya.

“Puas hati dapat berikan kegembiraan kepada peminat dan negara kita. Para pemain beraksi dengan sangat baik,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengurus Croatia, Zlatko Dalic dalam kenyataan kepada pemberita memaklumkan tetap yakin dengan pasukannya untuk melangkah ke pusingan seterusnya. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed