by

Golongan tolak vaksin Covid-19 sila rujuk pakar, bukan ‘tok bomoh’

News Sources:

MARANG: Golongan yang menolak suntikan vaksin Covid-19 diminta merujuk kepada pakar berkaitan dan bukan membuat keputusan semberono berdasarkan dakwaan kalangan ‘tok bomoh’.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pengambilan vaksin merupakan langkah pencegahan, malah Islam turut menuntutnya umatnya berbuat demikian bagi menghalang penularan penyakit atau wabak.

“Adakah orang yang menolak vaksin itu ahli (pakar) dalam bidang tersebut?

“Kalau hendak bertanya tentang vaksin rujuk kepada ahli perubatan dan jangan bertanya kepada tok bomoh atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM3 bilion untuk perolehan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan sehingga 70 peratus populasi negara atau 22.4 juta orang.  -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed