by

GST mampu pulih ekonomi

News Sources:

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengalu-alukan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilihat dapat membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang tenat akibat pandemik Covid-19.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya percaya bahawa GST adalah sistem cukai yang lebih telus dan berkesan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang digunakan ketika ini.

“Dengan persekitaran domestik yang lemah akibat pandemik Covid-19, kami percaya keutamaan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi dan mengembalikan keadaan perniagaan yang baik.

“Oleh itu, FMM menyambut baik cadangan kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan semula GST dengan membuat kajian semula kelemahan sistem GST yang ada, pada masa yang sama, menambah baik sistem tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, hutang Malaysia dijangka meningkat ke 61 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021.

FMM berkata, keadaan ini membimbangkan kerana pertumbuhan KDNK tahun ini, seperti yang diramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara -2 peratus hingga 0.5 peratus tanpa aliran kemasukan yang stabil. – UTUSAN

The post GST mampu pulih ekonomi appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed