by

Guan Eng terus pertikai keputusan henti operasi feri ikonik 

News Sources:

BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan keputusan Kerajaan Persekutuan yang enggan meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, adalah wajar perkhidmatan feri itu diteruskan memandangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah memperuntukkan RM30 juta  untuk pemodenan perkhidmatan feri terbabit.

“Saya tidak faham mengapa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong  bermati-matian untuk ‘mematikan’ feri ikonik yang menjadi tarikan negeri ini.

“Kita tidak mahu feri katamaran, kita mahu feri ikonik dan saya mewakili hasrat dan suara penduduk  Pulau Pinang secara keseluruhannya.

“Cuba tanya penduduk di sini, siapa yang mahu perkhidmatan feri dihentikan? Hanya Ka Siong dan konco-konconya sahaja yang setuju,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Terdahulu, Ka Siong dalam satu kenyataan mengumunkan Kerajaan Persekutuan memberi jaminan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan diteruskan dengan menawarkan perkhidmatan yang moden demi keselamatan dan keselesaan penumpang.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerja naik taraf boleh dilaksanakan menerusi pelbagai aspek bagi menjamin keselamatan penumpang selagi dua buah feri ikonik berkenaan boleh terus beroperasi.

“Georgetown ditaraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan menerusi feri ikonik, bilangan pelancong ke Pulau Pinang semakin meningkat dan sewajarnya ia dikekalkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed