by

Guna dana Covid-19 untuk bina replika sotong gergasi

News Sources:

TOKYO: Tindakan pihak berkuasa tempatan di sebuah pekan di Jepun mencetuskan kemarahan orang ramai selepas didakwa menggunakan dana bantuan darurat Covid-19 untuk membina sebuah replika sotong gergasi di kawasan tersebut.

Lapor BBC, replika sotong setinggi 43 kaki atau 13 meter itu dibina di pelabuhan Noto yang mana makanan laut tersebut menjadi menu makanan istimewa di bandar berkenaan.

Dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menggunakan peruntukan sebanyak 25 juta yen (RM942,434) daripada dana kecemasan itu untuk membina replika tersebut.

Pihak berkuasa Noto memberitahu bahawa ia merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk menarik semula kehadiran pelancong selepas pandemik Covid-19.

Jepun berdepan dengan lonjakan kes Covid-19 dan Tokyo kini dalam perintah berkurung selepas beberapa penularan jangkitan.

Pekan Noto yang terletak di wilayah Ishikawa, pantai tengah-barat Jepun melaporkan jumlah kes Covid-19 yang rendah namun ia terjejas dengan penurunan pelancong yang ketara.

Lapor Yahoo Japan, Noto menerima 800 juta yen (RM30.3 juta) menerusi geran itu yang bertujuan digunakan sebagai perangsang ekonomi bagi membantu kawasan yang terjejas dengan wabak.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed