by

Gunung Berapi Kilauea di meletus

News Sources:

HONOLULU: Gunung Berapi Kilauea meletus dan pihak berkuasa memberi amaran debu panas boleh memenuhi ruang atmosfera sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gunung berapi tersebut meletus pada pukul 9.30 malam waktu tempatan semalam.

“Keadaan semasa dilaporkan terkawal dan Pusat Pemantau Gunung Berapai Hawaii akan mengeluarkan satu lagi kenyataan berserta maklumat lanjut,” jelas agensi tersebut.

Satu gempa bumi berukuran 4.4 skala Richter berlaku sejurus gunung berapi tersebut meletus.

Letusan itu juga menyebabkan pihak berkuasa Hawaii mengeluarkan notis amaran kepada semua syarikat penerbangan supaya mengelak laluan yang terjejas. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed