by

Hambar di England, cemerlang di Eropah

News Sources:

BUDAPEST: Liverpool mengenepikan prestasi hambar dalam saingan domestik apabila mencerahkan peluang untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumpaskan RB Leipzig 2-0 pada aksi pertama, pusingan 16 akhir sebentar tadi.

Jaringan Mohamed Salah dan Sadio Mane memastikan kemenangan Reds, yang masih dibayangi tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Leipzig yang terpaksa menjadi tuan rumah di venue berkecuali ekoran peraturan Covid-19 di Jerman, gagal menyaingi trio Salah, Mane dan Roberto Firmino.

MOHAMED Salah meledak gol pembukaan Liverpool.

Permulaan garang di awal permainan menyaksikan Liverpool hampir membuka jaringan menerusi Firmino, malangnya gol itu tidak dibenarkan oleh pengadil kerana pemain Brazil tersebut sudah ofsaid.

Sentuhan cantik Salah pada minit ke-53, disusuli Mane lima minit kemudian memastikan Liverpool membawa bekalan selesa apabila menerima kunjungan Leipzig dalam aksi kedua, 10 Mac ini.

SADIO Mane meledak gol kedua Liverpool.

“Ini adalah kemenangan yang amat penting buat kami, perlawanan amat sukar.

“Dari awal hingga ke hujung perlawanan kami memberi tekanan berterusan. Satu persembahan yang bagus buat pasukan.

“Kami juga banyak mencipta peluang, melakukan beberapa percubaan sebelum menang.

“Kami akan terus berjuang dan memastikan Liverpool kekal pada landasan yang betul,” kata kapten Reds, Jordan Henderson.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed