by

Haniff undang Tommy dalam forum bincang buku kontroversinya

News Sources:

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas diundang menyertai dialog membicarakan buku kontroversinya pada 9 Februari ini.

Jemputan itu dibuat oleh Mohamed Haniff Khatri Abdullah – peguam yang pernah mewakili Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Forum dan dialog dalam talian itu bertajuk “Antara Politik dan Undang-Undang” anjuran JOMChannel itu diadakan untuk membincangkan mengenai buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

 

“Penganjur berjanji jika anda (Tommy) hadir, program itu akan dijalankan dalam bahasa Inggeris,” menurut undangan kepada Tommy yang dimuat naik Mohamed Haniff di laman Facebooknya hari ini.

Tommy juga aka disediakan tempat duduk di atas pentas jika beliau sudi menghadiri program bermula 8.30 malam itu.

Mohamed Haniff memberi jaminan kepada Tommy yang perbincangan akan dilakukan secara adil berdasarkan fakta.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed