by

Hannah, buat kerja kurangkan retorik

News Sources:

KUALA LUMPUR – “Sebenarnya Yang Berhormat Hannah Yeoh tidak perlu berkata apa-apa, cukuplah sekadar sedaya upaya berjuang untuk pengundi anda. Kurangkan retorik sepanjang masa,”

Itu luahan Ketua Bahagian MIC Segambut, Datuk Sivakumar Nadraja mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Segambut yang didakwa berterusan meraih simpati berhubung peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, adalah lebih baik untuk Hannah tidak berterusan cuba menegakan ‘benang basah’ bagi mengaburi pandangan umum terutamanya pengundinya tentang gerak kerjanya sebagai wakil rakyat.

“Mungkin Hannah sudah terperangkap dengan fakta serta dakwaan berbaur fitnah terhadap parti-parti Perikatan Nasional termasuklah MIC dan MCA kononnya kami semua menerima peruntukan berjuta ringgit di Segambut.

“Apabila saya tampil menjawab saya atau parti saya tidak menerima peruntukan jutaan itu malah saya sendiri telah mengeluarkan dana sendiri untuk keperluan warga Segambut, anda masih tidak berpuas hati.

“Itu yang sebetulnya, saya ulang sekali lagi sememangnya anda jarang turun dan kini sejak bergelar pembangkang ‘bisingnya’ lebih kuat kedengaran. Selain daripada peruntukan banyak lagi perkara yang sedang dihadapi yang memerlukan perhatian anda sejak 2018.

“Ketika itu anda ada kuasa, anda adalah timbalan menteri tapi sibuk pula. Kini hendak buat pelbagai dakwaan tanpa fakta sebetulnya, sudahlah. Daripada kamu berkata-kata, adalah lebih anda lebihkan kerja.

“Pengundi Segambut perlukan kamu lagi ketika keadaan tidak menentu ini. Dulu anda kerajaan, tidak dapat berbuat apa-apa kerana kononnya janji pilihan raya dan manifesto tidak boleh ditunaikan.

“Sekarang anda pembangkang, anda cuba salahkan kerajaan ini pula, selain daripada mungkir janji dan tuding jari bergaduh hari-hari apakah tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh dilakukan oleh kamu? Tolonglah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya satu sen pun tak dapat, kata Hannah Yeoh

Sebelum itu, Hannah dalam laman Facebook mendakwa MCA dan MIC pula tampil mengulangi tuduhan sama kepadanya dan mendakwa beliau tidak banyak turun padang dan menjaga kebajikan warga Segambut selama ini.

“Selepas Datuk dari MCA Segambut bersuara, kini giliran Datuk dari MIC Segambut pula mengulangi tuduhan sama. Hahaha, apa lagi yang boleh saya katakan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sivakumar mendakwa dirinya langsung tidak mempunyai apa-apa agenda untuk melakukan serangan kepada pemimpin DAP itu sebaliknya Hannah sendiri yang mengeluarkan fitnah kepadanya.

“Tuduhan Hannah itu berat dan tidak patut langsung. Kamu tidak puas hati dengan peruntukan kerajaan Persekutuan tetapi ketika anda jadi kerajaan adakah anda adil?

“Ketika kamu minta undi, apakah janji kamu kepada pengundi? Adakah hanya jika kerajaan persekutuan kamu dapat menjaga kebajikan mereka? Tolonglah ingat balik janji kamu itu. Jangan cuba tuding jari pada kami.

“Saya juga ingin minta Hannah untuk tidak sesekali menyusahkan pengundi terutamanya yang sedang susah ketika musim pandemik Covid-19 ini, janganlah asyik minta derma, mereka sendiri tidak berkemampuan. Jadi mengapa minta derma dari mereka? Kerja kamu selesaikan isu mereka.

“Sekali lagi saya ulang, saya tidak ada isu dengan beliau sebenarnya tapi jika anda bercakap sesuka hati tanpa fakta, saya perlu betulkan situasi itu. Marilah kita sama-sama bantu rakyat yang sedang susah ketika ini, jangan tambah beban mereka,” tegasnya. – MalaysiaGazette 

ARTIKEL BERKAITAN:

Kami guna wang sendiri – Sivakumar

Apabila hilang kuasa baru hendak peruntukan sama rata – Noh Omar

 

 



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed