by

Haramkan penjualan ‘dummy buckle’ – Utusan Digital

News Sources:

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan alat pencangkuk tali pinggang keledar palsu atau ‘dummy buckle’ kerana boleh mengundang bahaya di jalan raya.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, alat berkenaan pada asalnya digunakan bagi individu bertubuh besar, namun disalah guna oleh mereka yang tidak mahu memakai tali pinggang keledar bagi menghentikan bunyi penggera amaran di dalam kebanyakan kenderaan terkini.

Ujar beliau, dengan memasukkan ‘dummy buckle’ itu ke pencangkuk tali keledar di tempat duduk, pemandu boleh mengelak daripada mendengar bunyi bising penggera amaran.

“Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut mengesahkan tindakan itu berkemungkinan tidak dapat menyelamatkan nyawa meskipun beg udara aktif jika berlaku pelanggaran ketika kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohideen, tinjauan pihaknya mendapati ‘dummy buckle’ boleh didapati dengan mudah di kedai aksesori kenderaan pada harga RM3 hingga RM8 seunit.

“Setakat ini belum ada undang-undang yang melarang penjualan produk itu dan kita menggesa kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menguatkuasakan undang-undang bagi mengharamkan penjualannya di pasaran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

HABIS///





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed