by

Harap kelulusan automatik i-Sinar tidak ambil masa panjang

News Sources:

KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) yang menyambut baik pemansuhan syarat-syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merayu kepada kerajaan kelulusan automatik pengeluaran dapat dibuat dengan cepat.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya yakin KWSP  mempunyai satu sistem yang sistematik bagi membolehkan proses kelulusan dapat dibuat dengan pantas.

‘Kita berharap perkataan automatik itu benar-benar menjadi automatik dan memudahkan rakyat atau para pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka dari Akaun 1,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar jumlah pengeluaran RM1,000 setiap bulan itu dapat dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekali pengeluaran kerana pencarum-pencarum menghadapi cabaran yang berbeza-beza.

Ada di antara mereka terpaksa membayar hutang dan melunaskan lain-lain keperluan harian bagi menampung kos sara hidup, tambahan pula dengan ada yang telah hilang pekerjaan, malah ada gaji yang dipotong dan sebagainya, katanya.

”Jika cadangan ini dapat dibuat segera maka rakyat Malaysia, khususnya pencarum-pencarum akan merasa lega dan tidak berhadapan dengan kesukaran ketika waktu pandemik Covid-19 ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed