by

Harga bawang, cili turun lebih 10 peratus

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Harga bawang dan cili yang melambung di pasaran kembali pulih sejak seminggu lalu dengan penurunan ketara melebihi 10 peratus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keadaan itu disebabkan bekalan kedua-dua barangan itu yang mulai stabil di pasaran.

“Bawang-bawang import dari India dan Pakistan sudah boleh memasuki negara, maka harga barangan itu kini lebih stabil.

“Sebelum ini harganya melambung tinggi disebabkan musibah banjir di kedua-dua negara itu tetapi kini suasana sudah pulih dan bekalan kembali mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar pintar, Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong, 13, di Kampung Losong Haji Mat Shafie, di sini hari ini.

Menurut Rosol, bawang dan cili asdalah antara 45 peratus barangan yang dikenal pasti turun harga hasil pemantauan membabitkan keseluruhan 406 barangan dalam tempoh sebelum dan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, katanya, seramai 2,300 penguat kuasa harga sentiasa berada di lapangan dan orang ramai diseru melaporkan sebarang kejadian kenaikan atau penipuan harga kepada pihak kementerian. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed