by

Harga petrol RON95, RON97 naik 2 sen

News Sources:

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik dua sen kepada harga RM1.80 seliter dan RM2.10 seliter bagi tempoh esok sehingga 1 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini masing-masing RM1.78 sen dan RM2.08.

Harga runcit diesel juga naik dua sen kepada RM1.98 berbanding RM1.96 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed