by

Harga RM900, kena bayar RM2,600

News Sources:

KUANTAN: Hendak membeli telefon pintar berharga RM900, tetapi berterusan diperas untuk membuat bayaran lebih tinggi sehingga mengalami kerugian RM2,600.

Demikian kejadian berlaku kepada seorang pekerja am berusia 22 tahun di sini selepas tertarik membeli telefon bimbit melalui laman sosial Instagram. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu menghubungi suspek sejurus melihat iklan tersebut.

Menurutnya, selepas mencapai persetujuan jual beli, mangsa diarahkan melakukan pembayaran ke dalam dua akaun berbeza seperti yang diberikan suspek.

“Bagaimanapun, mangsa berterusan diminta memasukkan wang ke dalam akaun suspek sehingga keseluruhan berjumlah RM2,600,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Mohd. Wazir, mangsa yang berasa tertipu kemudian tampil ke Balai Polis Jaya Gading di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed