by

Harga sayur diakui naik

News Sources:

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meminta orang ramai agar ‘bersabar dalam masa terdekat ini’ susulan kenaikan harga sayur di pasaran.

Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihak kementerian sememangnya memantau perubahan harga runcit sayur dan mengakui ada peningkatan dikesan.

“Namun, kita sentiasa bekerjasama dan mendapat maklumat daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi mengetahui punca sebenar isu kenaikan itu,” katanya dalam sidang akhbar khas sempena meraikan persaraan beliau di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kelmarin, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaporkan kenaikan harga 67 peratus bagi daun sup dan 25 peratus daun bawang di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Turut melonjak tinggi ialah ubi kentang Holland apabila harganya dikesan melambung cecah 33 peratus manakala bayam menokok sebanyak 17 peratus di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Peningkatan harga sayur turut dilaporkan berlaku di banyak negeri apabila peniaga terpaksa menaikkan harga runcit disebabkan pembekal sudah bertindak menjualnya pada harga tinggi.

Iskandar Halim berkata, setakat ini kementerian itu mendapati isu kenaikan tersebut lebih bersifat sementara ekoran hujan lebat disebabkan musim tengkujuh akhir tahun.

“Senario ini memang biasanya berlaku dan mungkin menjadi punca harga sayur naik apabila bekalan kurang terutama dari pengeluar di Cameron Highlands, Pahang,” jelasnya.

Untuk itu beliau menyeru kerjasama semua pihak supaya bersabar sepanjang tempoh kekurangan sayur di pasaran ketika ini kerana keadaan sebenarnya masih lagi terkawal. – UTUSAN ONLINE

The post Harga sayur diakui naik appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed