by

Harga sayuran di pasar borong melambung?

News Sources:

SEREMBAN: Penjual sayur-sayuran di sini mendakwa memang berlaku kenaikan pada harga jualan hampir 70 peratus jenis sayur-sayuran pada minggu ini dan ia disebabkan kenaikan harga di peringkat pemborong.

Seorang penjual sayur di Pasar Ampangan dekat sini, Sharifah Fahizah Syed Shahrom, 36, berkata, dia memperoleh sayur daripada pemborong di Pasar Besar Seremban pada harga agak tinggi pada minggu ini namun difahamkan kenaikan harga telah berlaku di Pasar Borong Selayang.

Menurutnya, antara sayur yang didapati berlaku kenaikan harga ialah seperti cili merah, kacang buncis dan daun bawang.

“Seperti cili merah, saya memperoleh daripada pemborong ketika ini sekitar RM23 sehingga RM24 sekilogram, kacang buncis pula pada harga RM17 sekilogram manakala daun bawang sekitar RM20 hingga RM21 sekilogram, berapa pula harga saya nak jual kepada pembeli?

“Kenaikan harga sebegini jarang berlaku, kebiasannya hanya pada musim perayaan ketika permintaan tinggi dan pengeluaran pula kurang. Saya percaya ia disebabkan faktor cuaca juga namun saya difahamkan kenaikan awal berlaku di Pasar Borong Selayang, baik periksa di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di pasar berkenaan mendapati, cili merah kulai dijual pada harga RM25 sekilogram manakala kacang buncis dijual pada harga RM18 sekilogram.

Sementara itu, seorang penjual barangan kering, Andy Azman, 38, terdapat sedikit kenaikan harga pada telur gred B sejak semalam.

“Bagi satu papan telur gred B sebelum ini saya dapat RM9.60 daripada pemborong di Rembau dan semalam harga RM9.90. Sebelum ni harga kekal sahaja, sudah empat minggu tak naik begini,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed