by

Harmoni Erma Fatima dan bekas suami

News Sources:

UMUM tahu adakalanya bukan senang hendak berbaik-baik dengan bekas suami apa lagi mahu menjalin ukhuwah dengan isteri baru mereka pula.

Tetapi, pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima berupaya menunjukkan bahawa semua itu tidak mustahil ketika meraikan ulang tahun ke-19 anak angkatnya bernama Citra baru-baru ini yang turut dihadiri oleh bekas suaminya, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Haa…macam itulah baru harmoni ye tak? Walaupun mungkin ramai yang masih ingat bagaimana rumitnya perihal kes cerai dan isu keruntuhan rumah tangga mereka sebelum ini, Erma dan Bade tidak mahu perkara lepas itu terus merosakkan hubungan kekeluargaan sedia ada.

Maklumlah, masing-masing juga sudah berusia. Mungkin ada baiknya bersikap lebih relaks dan memasang hala tuju ke depan berbanding statik berada di belakang.

Apa yang penting, menerusi gambar yang dikongsikan oleh Erma dalam Instagramnya, jelas terpancar wajah kebahagiaan dan kegembiraan mereka apabila keluarga kembali bersatu.

Wajah dan senyuman seperti itulah yang paling mahal. Barangkali tidak boleh dibeli dengan berapa juga harga sekali pun. Betul tak? Alhamdulillah. – MINGGUAN MALAYSIA





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed