by

Hilang permata dunia pendidikan negara

News Sources:

PUTRAJAYA: Pemergian Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ugku Abdul Hamid disifatkan sebagai kehilangan besar dunia pendidikan negara.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, beliau menganggap kembalinya pakar akademik disegani itu ke Rahmatullah juga sebagai sesuatu yang tiada galang gantinya.

“Menerima perkhabaran duka pemergian tokoh ulung, Prof. Diraja Ungu Abdul Aziz petang tadi. Sesungguhnya negara kehilangan seorang tokoh yang banyak berjaya kepada negara.

“Khususnya dalam bidang pendidikan. Ucapan takziah saya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Pemergian yang tiada galang ganti. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebooknya, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz yang mencetuskan idea penubuhan Tabung Haji, dilaporkan meninggal dalam usia 98 tahun di Pusat Perubatan Prince Court, ibu negara kerana sakit tua.

Jenazah bekas Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat di institusi pengajian tinggi ternama negara ini, telah dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dikebumikan malam ini.

Dilahirkan di London, Britain pada 1922, beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 1978 kerana banyak terlibat dalam merangka Dasar Ekonomi Baru pasca tragedi 13 Mei 1969. -UTUSAN ONLINE

The post Hilang permata dunia pendidikan negara appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed