by

HLISB menang anugerah IRBA – Utusan Digital

News Sources:

PETALING JAYA: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) memenangi Anugerah Kecemerla­ngan IRBA untuk perbankan Islam digital.

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Jasani Abdullah berkata, kemenangan itu mengiktiraf trajektori serta ikhtiar pasukan untuk mencapai matlamat menyediakan pengalaman perbankan Islam digital dan patuh syariah.

“Sepanjang perjalanan digital ini, HLISB telah mencatat pencapaian disegani dalam perbankan runcit Islam digital, memenuhi keperluan pelanggan yang kian mengutamakan pelantar digital dan mudah alih,” katanya dalam kenya­taan.

Jasani berkata, bank telah melancarkan inisiatif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang membolehkan pe­langgan membeli dana melalui HLB Connect.

Selain itu, katanya, proses pembiayaan ASNB di cawangan bank turut dinaik taraf supaya proses menghantar permohonan dipermudahkan de­ngan hanya menggunakan komputer tablet yang tersedia di setiap cawangan.

Baru-baru ini, HLISB menjadi bank pertama di Malaysia menawarkan pengalaman onboarding digital sepenuhnya dan mudah untuk orang ramai yang ingin membuka akaun menggunakan aplikasi mudah alih [email protected]

“HLISB turut bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk meringkaskan proses pembayaran Zakat dalam talian,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed