by

Houllier meninggal dunia

News Sources:

LONDON: Gerard Houllier yang pernah menjulang kejuaraan Piala UEFA, Piala FA dan Piala Liga bersama Liverpool disahkan meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Perkara itu disahkan dua kelab Perancis yang pernah dikendalikannya, Paris Saint-Germain (PSG) dan Lens.

Houllier yang mengendalikan Liverpool dari 1998-2004 meninggal dunia antara Ahad ke Isnin selepas menjalani pembedahan jantung dan kariernya sebelum ini diselubungi masalah kesihatan.

Dia juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Perancis bermula 1992-1993 dan melihat sendiri kegagalan mereka melangkah ke pusingan akhir di Amerika Syarikat.

Bekas bintang tengah Perancis itu adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan karier bekas kapten Reds, Steven Gerrard.

Houllier memainkan peranan penting dalam membentuk semula Liverpool selepas gagal meneruskan kecemerlangan menjuarai liga secara konsisten sepanjang tahun 1980an.

“Memori kami di Liverpool sentiasa bersama keluarga Gerard dan keluarganya. Selamat berehat Gerard Houllier 1947-2020,” kata juara Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

The post Houllier meninggal dunia appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed