by

Houthi bakar pesawat penumpang di Arab Saudi

News Sources:

RIYADH:  Kumpulan pemberontak Houthi didakwa melancarkan serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di tenggara negara ini menyebabkan sebuah pesawat penumpang terbakar.

Media tempatan melaporkan, Houthi mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut dengan jurucakap tentera Arab Saudi memaklumkan kumpulan pemberontak itu menggunakan dron yang dipenuhi empat butir bom untuk menyerang lapangan terbang Abha.

Laporan awal berhubung insiden tersebut tidak menyatakan berlaku kematian atau kecederaan setakat ini.

Pasukan bomba juga dilaporkan berjaya mengawal kebakaran pada pesawat berkenaan. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed