by

i-Sinar: 701 permohonan ditolak termasuk permohonan si mati

News Sources:

KUALA LUMPUR: Hanya 701 permohonan i-Sinar tidak diluluskan manakala 1.4 juta permohonan pula belum diluluskan kerana berada dalam Kategori 2 yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dalam satu kenyataan memaklumkan,beberapa faktor permohonan tidak diluluskan antaranya perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah meninggal dunia atau ahli sudah pun berumur 55 tahun.

Katanya lagi, pihaknya telah meluluskan sebanyak 2.5 juta permohonan i-Sinar sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah pengeluaran i-Sinar yang diluluskan adalah bernilai RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” katanya.

Mengambil kira situasi semasa Covid-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my, dan tidak perlu hadir ke cawangan KWSP.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun 2021. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed